Resepi Apam Oreo

Resepi Apam Oreo

apam oreo

Ada yang baru daripada Oreo. Selalu saja ada olahan makanan dengan Oreo. Kerana rasanya yang universal itu, Oreo sesuai dipadankan dengan makanan kek, kuih, atau makananan ringan jenis apapun. 

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula*
  • 1 sb ovellet*
  • 1 sk esen vanilla*
  • 2 sb susu pekat*
  • 2 cawan tepung gandum
  • Beberapa keping Oreo (hancurkan)
  • Pewarna hijau

Cara-cara :

  1. Blander/mix semua bahan bertanda * hingga gebu atau bertukar warna putih.
  2. Kemudian masukkan bahan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung gandum dan kacau rata.
  3. Lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan serbuk oreo yang sudah dihancurkan, 1 bahagian lagi masukkan pewarna hijau.
  4. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu kemudian masukkan adunan warna hijau dan ratakan ke sekeliling acuan.
  5. Terus masukkan adunan warna putih/oreo pulak.
  6. Ratakan. Kukus selama 30 minit.
  7. Siap.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kuih Talam Keladi

Resepi Brownies Cheese Marble