Posts

Showing posts from December, 2018

Resepi Nona Manis

Image
Resepi Nona Manis Bahan A: 2 biji telur 1/2 cwn gula 2 cwn tepung gandum 3 cwn santan Cara – cara: Pukul telur sehingga kembang. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kemudian, kacau sebati kesemua bahan itu. Campurkan telur dan kacau sehingga rata. Ketepikan. Bahan B: 1 cwn santan pekat 1 cwn air pandan (8 helai daun pandan) 1 /2 cwn gula 1/2 cwn tepung jagung Sedikit garam Sedikit pewarna hijau epal (optional) Cara – cara: Ambil daun pandan dan kisar bersama 1 cwn air kemudian tapis. Satukan air pandan dan santan dalam kuali. Masukkan gula, tepung jagung, sedikit garam & pewarna hijau epal ( jika warna kurang cantik). Kacau sampai sebati dan tidak berketul – ketul. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia likat. Satukan adunan BAHAN A & adunan BAHAN B. Kacau rata sehingga sebati dan adunan jadi pekat dan licin. Ketepikan dahulu sementara sediakan adunan putih. Nota: Saya kisar kedua – dua bahan ini sebe

Resepi Brownies Cheese Marble

Image
Resepi Brownies Cheese Marble Brownies cheese ini tampak sangat mewah dengan corak di atasnya. Corak itu boleh diwarnakan mengikut tema acara anda apakah pertunangan, perkahwinan mahupun untuk buah tangan.  Bahan-bahan : 250 gm mentega 1 cawan serbuk koko 3 biji telur gred B 1 1/2 cawan gula castor 1/2 cawan susu cair 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan BP & SB) 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate 1 tsp esen vanilla Cara-cara : Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. Masukkan susu cair dan kacau sebati. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. Panaskan oven pada suhu 175’C. Alas loyang 10″ x 10″ dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies)

Resepi Apam Oreo

Image
Resepi Apam Oreo Ada yang baru daripada Oreo. Selalu saja ada olahan makanan dengan Oreo. Kerana rasanya yang universal itu, Oreo sesuai dipadankan dengan makanan kek, kuih, atau makananan ringan jenis apapun.  Bahan-bahan : 4 biji telur* 1 cawan gula* 1 sb ovellet* 1 sk esen vanilla* 2 sb susu pekat* 2 cawan tepung gandum Beberapa keping Oreo (hancurkan) Pewarna hijau Cara-cara : Blander/mix semua bahan bertanda * hingga gebu atau bertukar warna putih. Kemudian masukkan bahan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung gandum dan kacau rata. Lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan serbuk oreo yang sudah dihancurkan, 1 bahagian lagi masukkan pewarna hijau. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu kemudian masukkan adunan warna hijau dan ratakan ke sekeliling acuan. Terus masukkan adunan warna putih/oreo pulak. Ratakan. Kukus selama 30 minit. Siap.

Resepi Kuih Talam Keladi

Image
Resepi Kuih Talam Keladi Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam pandan ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa. Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.  Bahan A 2 cawan tepung gandum 4 sudu besar tepung beras 4 sudu besar tepung jagung 1 cawan gula 4 cawan santan Bahan B 1 cawan keladi yang di sagat memanjang 3/4 cawan air Bahan C 2 sudu besar pes keladi / ibu air perisa keladi 1/2 cawan air Pewarna ungu CARA-CARANYA : Pertama sekali, satukan kesemua Bahan A. Bahagikan adunan Bahan A kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan Bahan B

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Image
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Bahan A: Blend atau Mixer 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula 1 cawan minyak masak 3 biji telur Sedikit assent vanilla, tak ada pun takpe Secubit garam untuk untuk lebih lemak Bahan B: Tepung gula 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh bikabonat soda 1 sudu teh baking powder Bahan C: Topping 1/2 cawan serbuk coklat 1/2 susu pekat ikutlah nak Manis letak lagi 1/2 cawan minyak Cara-caranya: Blend atau Mixer kesemua Bahan A. Campurkan kesemua Bahan B sehingga rata. Kemudian, campurkan campuran Bahan A dan campuran Bahan B. Kacau adunan tersebut sehingga rata. Sapukan marjerin pada acuan dan masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam acuan tersebut. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit. Bagi topping pula, masakkan kesemua Bahan C secara double boiled (tidak masak secara terus dengan api). Setelah kek dan topping sejuk, barulah topping dituang ke atas kek.

Resepi Kek Minyak (Cantik dan Menawan)

Image
Resepi Kek Minyak (Cantik dan Menawan) Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah. Kek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh ‘O’ panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan? Bahan-bahannya: 5 biji telur ayam Gred B 1/2 cawan gula 3/4 cawan susu pekat manis 1 sudu teh ovalette 1 sudu teh esen vanilla 1 cawan minyak jagung 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder Perasa dan pewarna pilihan Cara-caranya: Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama baking powder. Ayak minima 2 kali supaya sebati dan tersebar elok. Ketepikan. Dalam

Resepi Kek Span Pandan Yang Super Duper Mudah Semudah abc

Image
Resepi Kek Span Pandan Yang Super Duper Mudah Semudah abc Kek Span merupakan kek asas dalam pembuatan beberapa resepi kek dan pemanis mulut. Antaranya Kek Snow, Kek Trifle, Puding Trifle dan sebagainya. Tapi kalau nak kekal dengan kek span pun ok jer. Sedap juga rasanya. Nak buat Kek Span ini tidaklah susah mana. Resepinya super duper mudah dan senang. Bahan pun tak leceh nak cari. Boleh dapatkan dekat mana-mana kedai runcit. Lagi satu, cara nak buatnya tak secerewet jenis kek yang lain. InsyaAllah akan jadi. Bahan-bahannya: Bahan A (Kek) 6 biji telur * 2 cawan tepung gandum * 1 sudu besar baking powder * 3/4 cawan gula * 1 sudu besar ovallet * 8 sudu besar susu segar * pewarna hijau* paste pandan coconut* 6 sudu besar minyak masak Bahn B (Kastard Pandan) agar2 tali 12 gm air santan kotak 400ml tepung hoe kwee 100gm gula Mula-mula, pukul bahan bertanda * smpai gebu. Kemudian, masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati. Alas loyang dengan b

Resepi Kek Pisang

Image
Resepi Kek Pisang Pagi ini, saya nak sedekahkan resepi Kek Pisang yang saya gunakan untuk tempahan jualan. Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan rasa pisang 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O. Dapat pula keluar je oven makan panas-panas, perghhhh. Kebanyakan tempahan yang saya terima adalah untuk majlis-majlis dan kenduri-kendara tertentu Saya bagi tips bagaimana nak dapat Kek Pisang yang gebu dan lembut ye + Saya gunakan 100% minyak jagung. + Saya hanya gunakan Pisang Berangan untuk dapatkan bau yang wangi. + Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15minit sebelum di mixer. Ini untuk dapatkan warna kek yang lebih gelap & menampakkan jalur-jalur pada kek nanti. + Saya suka bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Sedap + Kek Pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah dibahagian atasnya. Bahan Bahan 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sk soda bikarbonat 1sk baking powder – diayak 4-5 biji pisang b

Resepi Kek Butter

Image
Resepi Kek Butter Bahan Bahan 200gm Buttercup * 3/4 cawan gula (blend halus guna blender kering tu) * 4 biji telur ayam gred A * 1/4 cawan susu pekat (saya guna krimer Tesco tu je) * 2 cawan tepung gandum (brand apapun takpe) 1 sudu kecil esen vanila * 1 sudu kecil baking powder * Pewarna (kalau nak je) Cara cara Memasak Blend bahan * sampai gebu halus mulus. Tuang dalam bekas, masukkan tepung, gaul sebati. Kalau nak kaler, asingkan kepada 2 bahagian dan letak pewarna. Masukkan dalam loyang ikut kretiviti

Resepi Kek Red Velvet

Image
Resepi Kek Red Velvet Bahan Bahan 250 gm butter 200 gm icing sugar 225 gm tepung naik sendiri + 2 camca besar serbuk koko 3 biji telur ayam – gred A 1 cup yogurt – ( dikisar halus ) 1 camca besar pewarna merah 1 sudu teh esen vanilla Topping 500 gm cream cheese 200 gm icing sugar 50 ml non diary whip cream Cara cara Memasak 1 – Pukul butter dan icing sugar sampai kembang dan putih. 2 – Masukkan telur 1 per 1. Pukul sebati dan tuang esen vanilla dan pewarna merah. 3 – Kaup balikkan campuran tepung + serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dengan yogurt sampai habis. 4 – Bakar dalam loyang 8 inci selama 45 minit dengan suhu 180’c. 5 – Sejukkan dan potong menjadi 2 layer. Topping Pukul cream cheese dan icing sugar sampai kembang dan putih. Then masukkan whip cream pukul sampai gebu dan kental. Sapukan topping di antara lapisan kek tadi, dan seterusnya ratakan keseluruhan badan kek tadi. Saya menggunakan nozzle 844 untuk paipkan