Posts

PURGING VS BREAKOUT

Image
PURGING VS BREAKOUT Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka? Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout. Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout? Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut? Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami. . PURGING Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging. Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus. Kulit anda akan kemungkinan akan pur

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

Image
KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradangan kulit yang berlaku apabila kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.Dan mereka sangat menjengkelkan untuk menangani, bukan? Nah, itu tidak akan berlaku lagi. Kami membawa kepada anda senarai ubat semulajadi terbaik yang dapat membantu anda untuk menghilangkan jerawat dalam semalam. Anda juga akan mengetahui beberapa penyebab jerawat, jenis-jenis jerawat dan cara untuk menghilangkannya. Apa yang menyebabkan jerawat? 1. Lapisan Berlebihan Sel Kulit Mati Kulit anda secara semula jadi menghilangkan lapisan sel kulit mati. Namun terdapat sesetengah sel kulit mati tersekat pada sebum, yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Pori-pori yang disekat menjadi jerawat. 2. Keturunan Sekiranya anda mempunyai masalah genetik, jerawat di muka akan kembali semula sepanjang hayat anda. Rasional genetik di belakangnya

Resepi Nona Manis

Image
Resepi Nona Manis Bahan A: 2 biji telur 1/2 cwn gula 2 cwn tepung gandum 3 cwn santan Cara – cara: Pukul telur sehingga kembang. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kemudian, kacau sebati kesemua bahan itu. Campurkan telur dan kacau sehingga rata. Ketepikan. Bahan B: 1 cwn santan pekat 1 cwn air pandan (8 helai daun pandan) 1 /2 cwn gula 1/2 cwn tepung jagung Sedikit garam Sedikit pewarna hijau epal (optional) Cara – cara: Ambil daun pandan dan kisar bersama 1 cwn air kemudian tapis. Satukan air pandan dan santan dalam kuali. Masukkan gula, tepung jagung, sedikit garam & pewarna hijau epal ( jika warna kurang cantik). Kacau sampai sebati dan tidak berketul – ketul. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia likat. Satukan adunan BAHAN A & adunan BAHAN B. Kacau rata sehingga sebati dan adunan jadi pekat dan licin. Ketepikan dahulu sementara sediakan adunan putih. Nota: Saya kisar kedua – dua bahan ini sebe

Resepi Brownies Cheese Marble

Image
Resepi Brownies Cheese Marble Brownies cheese ini tampak sangat mewah dengan corak di atasnya. Corak itu boleh diwarnakan mengikut tema acara anda apakah pertunangan, perkahwinan mahupun untuk buah tangan.  Bahan-bahan : 250 gm mentega 1 cawan serbuk koko 3 biji telur gred B 1 1/2 cawan gula castor 1/2 cawan susu cair 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan BP & SB) 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate 1 tsp esen vanilla Cara-cara : Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. Masukkan susu cair dan kacau sebati. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. Panaskan oven pada suhu 175’C. Alas loyang 10″ x 10″ dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies)

Resepi Apam Oreo

Image
Resepi Apam Oreo Ada yang baru daripada Oreo. Selalu saja ada olahan makanan dengan Oreo. Kerana rasanya yang universal itu, Oreo sesuai dipadankan dengan makanan kek, kuih, atau makananan ringan jenis apapun.  Bahan-bahan : 4 biji telur* 1 cawan gula* 1 sb ovellet* 1 sk esen vanilla* 2 sb susu pekat* 2 cawan tepung gandum Beberapa keping Oreo (hancurkan) Pewarna hijau Cara-cara : Blander/mix semua bahan bertanda * hingga gebu atau bertukar warna putih. Kemudian masukkan bahan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung gandum dan kacau rata. Lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan serbuk oreo yang sudah dihancurkan, 1 bahagian lagi masukkan pewarna hijau. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu kemudian masukkan adunan warna hijau dan ratakan ke sekeliling acuan. Terus masukkan adunan warna putih/oreo pulak. Ratakan. Kukus selama 30 minit. Siap.

Resepi Kuih Talam Keladi

Image
Resepi Kuih Talam Keladi Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam pandan ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa. Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.  Bahan A 2 cawan tepung gandum 4 sudu besar tepung beras 4 sudu besar tepung jagung 1 cawan gula 4 cawan santan Bahan B 1 cawan keladi yang di sagat memanjang 3/4 cawan air Bahan C 2 sudu besar pes keladi / ibu air perisa keladi 1/2 cawan air Pewarna ungu CARA-CARANYA : Pertama sekali, satukan kesemua Bahan A. Bahagikan adunan Bahan A kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan Bahan B

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Image
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Bahan A: Blend atau Mixer 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula 1 cawan minyak masak 3 biji telur Sedikit assent vanilla, tak ada pun takpe Secubit garam untuk untuk lebih lemak Bahan B: Tepung gula 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh bikabonat soda 1 sudu teh baking powder Bahan C: Topping 1/2 cawan serbuk coklat 1/2 susu pekat ikutlah nak Manis letak lagi 1/2 cawan minyak Cara-caranya: Blend atau Mixer kesemua Bahan A. Campurkan kesemua Bahan B sehingga rata. Kemudian, campurkan campuran Bahan A dan campuran Bahan B. Kacau adunan tersebut sehingga rata. Sapukan marjerin pada acuan dan masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam acuan tersebut. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit. Bagi topping pula, masakkan kesemua Bahan C secara double boiled (tidak masak secara terus dengan api). Setelah kek dan topping sejuk, barulah topping dituang ke atas kek.